Sempena PRU13 yang bakal menjelang, mari sama2 kita lihat manifesto dari BN & PAKATAN.
Ringkasan Manifesto BN 2013
- Menangani Kos Sara Hidup - menambah dan mempertingkatkan BR1M, BB1M, Bantuan Persekolahan, KR1M, Klinik 1Malaysia, produk 1Malaysia dan lain2. Juga penurunan harga kereta antara 20% - 30%, penurunan yuran jalur lebar sekurang2nya 20% serta dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas.
- Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar.
- Menyediakan Rumah Mampu Milik - membina 1 juta rumah mampu milik.
- Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti.
- Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam - antaranya membina rangkaian rel berkelajuan tinggi dari Kuala Lumpur ke Singapura di mana masa perjalanan hanya akan mengambil masa 90 minit sahaja.
- Pembangunan Infrasturktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar - antaranya pengurangan bayaran tol antara bandar secara berperingkat serta menyelesai masalah air di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.
- Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif.
- Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara.
- Meningkatkan Keselamatan dan Ketenteraman Awam - meningkatkan jumlah polis, program SafeCam yang menghubungkan sistem CCTV awam dan swasta dan lain2.
- Memperkasa Penyertaan Wanita.
- Memenuhi Aspirasi Belia.
- Merancang Jaringan Keselamatan Sosial.
- Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama.
- Memerangi Gejala Rasuah.
- Memperkukuh Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus.
- Gerakan Kesederhanaan Global - berjuang penubuhan negara Palestin, memperbanyak program kemanusian di seluruh dunia dan lain2.
- Memelihara Sumber Semula Jadi.
- Harga Minyak Turun.
- Tarif Elektrik Turun & Lebih Rendah.
- Tarif Air Turun.
- Hapus Tol.
- Hapus Monopoli.
- Harga kereta Turun Serendah RM25,000.
- Hapus Saman AES, Batal Saman AES.
- Pendidikan Percuma Untuk Semua & Hapus PTPTN.
- 150,000 Rumah Mampu Milik.
- Lain2 berkaitan projek2, alam sekitar (hentikan projek Lynas), cukai, wujudkan 1 juta peluang pekerjaan dengan kurangkan buruh asing, gaji minima RM1,100 sebulan, tentera, pemandu teksi, pengangkutan, perubatan, pendidikan (mansuh AUKU & kebebasan akademik), banteras rasuah dan lain2.
Apa2 pun, jangan la kita terlalu taksub kepada mana-mana parti politik serta elakkan dari pergaduhan sesama bangsa Melayu.
Selit kata-kata nasihat dari Ustaz Don......layannn..
No comments:
Post a Comment