Support My Sponsor

Popular Posts

Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 3, 2011

Cerita / Filem Melayu 2011

Karipap Karipap Cinta
31 Ogos 2011

Klasifikasi: U
Genre: Comedy / Romance
Running Time: 1 jam 50 Minit
Pengedar: Lima Bintang
Pelakon: Gambit Saifullah , Melia Aimellia
Pengarah: Othman Hafsham

Ali (Gambit Saifullah) adalah seorang lelaki yg berkelakuan baik tetapi tidak mempunyai cita-cita. Beliau bekerja di sebuah syarikat yang menerbitkan akhbar politik dan juga majalah misteri. Tugasnya adalah untuk mengambil gambar tempat-tempat yang menakutkan dan doktor gambar supaya ia kelihatan seperti ada kehadiran hantu dalam gambar. Beliau kemudiannya jatuh cinta dengan Sarah (Melia Aimellia) yang bekerja di syarikat yang sama sebagai kartunis. Kerana dia cuba ke mahkamah dia, dia akan terlibat dalam skandal berbelit melibatkan bos Ali dan bapa Sarah ke atas dokumen rahsia.


----------------------------------------------------------------------------------------------------
Hantu Bonceng
31 Ogos 2011

Klasifikasi: NA
Genre: Komedi / Seram
Running Time: 90 min
Pengedar: Na
Cast: Zizan , Julianna Evans
Pengarah: Ahmad Idham 

Cerita mengisahkan Amran seorang budak Delivery yang gemar berlumba secara haram motor Drag. Satu hari selepas memenagi satu perlumbaan, Amran telah di hadiahkan seorang Bohsia bernama Maya sebagai habuan perlumbaan. Malang tidak berbau, di ketika Amran hendak membawa bohsia yang memboncengnya itu keluar dari port, mereka telah kemalangan dan Bohsia tersebut mati ditempat kejadian.

Sejak kejadian itu Amran sering diganggu dengan hantu Maya yang meminta Amran sempurnakan mayatnya. Amran cuba mendapat bantuan kawan karib nya Kunyit untuk membantunya menjejak keluarga Maya yang sehingga kini masih menjadi misteri setelah Halimaton kekasih Amran seorang jururawat enggan membantu Amran sebab marahkan atas kecurangan Amran terhadapnya.

Berbagai cara Amran lakukan untuk menyelesaikan gangguan daripada Maya itu. Dari berjumpa bomoh hinggalah ke seorang ustaz. Tanpa Amran sedari dia mula berubah menjadi seorang yang lebih baik dan mula menginsafi atas kelakuan buruknya sebelum ini.

Halimaton mula menerima semula Amran setelah melihat perubahan positif padanya. Tapi tanpa diduga Ayu muncul dalam hidup Amran. Apa yang akan jadi pada Halimaton dan siapakah sebenarnya Ayu? Semuanya akan terjawab di penghujung cerita Hantu Bonceng.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Raya Tak Jadi
15 September

Klasifikasi: NA
Genre: Comedy
Running Time:
Pengedar: Grand Brilliance
Cast: Saiful Apek , Johan Raja Lawak , Jalaluddin Hasan , Wan Sharmila
Pengarah: Prof Madya A. Razak Mohaideen 

Dalam perjalanan pulang ke kampung halaman pada penghujung Ramadhan, dua adik beradik telah menemui seorang lelaki misteri di dalam bonet teksi mereka. Selepas menyedari yang lelaki itu adalah Penyimpan Mohor Besar Raja Raja yang telah diculik oleh seorang usahawan kurma, kedua-dua adik beradik ini perlu memberanikan diri dan mengatasi penculik tersebut sebelum keluarga mereka dianiaya.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Bini-Biniku Gangster
22 September 2011

Klasifikasi: NA
Genre: Aksi/ Komedi
Running Time: 92 min
Pengedar: Metrowealth
Cast: Shaheizy Sam , Yana Samsudin , Intan Ladyana , Zul Handyblack
Pengarah: Ismail Bob Hasim

Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.

Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.



----------------------------------------------------------------------------------------------------
Libas
29 September 2011


Klasifikasi: NA
Genre: Aksi / Komedi
Running Time: 100 min
Pengedar: Na
Pelakon: Rosyam Nor , Scha Al-Yahya , Johan Raja Lawak , Beego
Pengarah: Jurey Latiff Rosli 


Adnan Saladin seorang pakar Libasan dalam permainan sepak takraw (Libas). Dia di gelar sebagai raja libas Malaysia. Kehebatan libasan Raja Libas sangat digeruni pasukan lawan terutamanya dari pasukan Siam (Thailand). Kecederaan berlaku mengakibatkan tekong Malaysia (Dali) parah apabila Libas gagal menampan libasan kuat AK Nangkhon lalu terkena dadanya. Akibatnya Malaysia tumpas kepada Thailand untuk kali kedua berturut-turut. Jurulatih dan rakan sepasukan, Megat turut menyalahkan Adnan Saladin kerana kekalahan itu sehingga Jurulatih sanggup memutuskan pertunangan Adnan Saladin dengan anaknya, Ratna.

Raja Libas resah apabila diketahui Mr. Wilson menawarkan perlawanan Libas lebih awal dari selalunya untuk mendapatkan bola warisan yang mempunyai nilai sejarah dan kuasa mistikal. Tawaran lumayan diberikan kepada pasukan Thailand demi mendapatkan bola warisan tersebut yang berada pada Raja Libas. Raja Libas berfikir siapa yang harus dia ambil sebagai pemain bagi mengekang kehebatan pemain Thailand. Akhirnya Raja Libas dapat menemui pemain baru dan mengumpulkan regu pasukan yang terdiri daripada Megat (pemain lama), Hamadi dan Kumok yang merupakan taruhan Libas untuk menentang Thailand nanti... Diperlawanan akhir, pasukan Malaysia teruk dibelasah oleh pasukan Thailand. Mampukah Raja Libas mempertahankan maruah negara. Nantikan kesudahannya...

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Al-Hijab
06 Oktober 2011


Klasifikasi: PG13
Genre: Seram
Running Time: 1 Jam 30 Minit
Pengedar: Na
Cast: Pierre Andre , Fathia , Maimon Mutalib , Aziz M. Osman
Pengarah: Pierre Andre 

Rafael merupakan seorang pelakon yang tidak mempercayai kewujudan hantu. Suatu hari dia ditawarkan watak utama untuk membintangi sebuah filem seram. Dia yang terkejut dengan tawaran tersebut sangat teruja dan berusaha untuk menjiwai peranannya sebaik mungkin. Malangnya Rafael tidak berjaya memperolehi perasaan takut yang dapat memuaskan hatinya. Puas dia berkunjung ke tempat-tempat yang dikatakan berhantu tetapi tidak pernah melihat kelibat makhluk itu. Teman wanita Rafael, Qiss yang pelik dengan Rafael itu mengadu perkara tersebut kepada ibunya. Ibu Qiss kemudiannya memberitahu Rafael mengenai apa itu hijab. Rafael berpeluang untuk melihat makhlus halus jika hijabnya dibuka.

Namun, hanya orang tertentu saja mampu membuka hijab tersebut. Rafael yang semakin buntu mencari seseorang yang boleh membuka hijabnya akhirnya menerima mesej aneh yang mengarahkan dia untuk pergi ke suatu tempat. Hanya di tempat tersebut hijabnya akan dapat dibuka. Sejurus sampai di tempat yang dikatakan, Rafael disambut oleh seorang makcik tua bersama anak perempuannya. Rafael hairan bagaimana makcik tua itu mengetahui hajatnya untuk membuka hijabnya. Rafael dibawa ke suatu tempat di ceruk hutan. Di situ makcik tua tersebut mula membuka hijab Rafael. Dari pandangan yang kabur, perlahan demi perlahan akhirnya Rafael dapat melihat sesuatu yang menggerunkan.

Dia berasa cukup gembira berbaur takut. Rafael meminta masa sehari untuk dia menggunakan ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya itu untuk tujuan menjiwai watak lakonannya. Pulang kembali ke rumahnya, Rafael tidak menyedari ada ‘sesuatu’ turut menumpangnya pulang. Mula berasa tidak selesa, Rafael cuba untuk tidur namun gagal. Ada saja benda yang seperti mengganggunya. Setelah hampir 24 jam hijabnya dibuka, Rafael kembali ke rumah makcik tua tersebut untuk menutup kembali hijabnya. Berjayakah hijab Rafael ditutup semula atau dia terpaksa meneruskan hidupnya dengan ‘anugerah’ itu?

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Suatu Malam Kubur Berasap
22 Disember 2011


Klasifikasi: NA
Genre: Seram
Running Time: 90 min
Pengedar: Na
Cast: Ernie Chen , Along Raja Lawak , Nurul Ain Nordin , Angah Raja Lawak
Pengarah: Ernie Chen

Filem Satu Malam Kubur Berasap ini mengisahklan 3 sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang kawan bandar yang baru berkenalan iaitu Mie dimana selepas kereta Mie mengalami kerosakan dan tersangkut di kampung mereka. Atan seorang lelaki yang dikategorikan sebagai budak yang agak lembap, lurus bendul tetapi rajin dan ringan tulang membantu orang kampung. Di kampung ia mengambil upah membantu segala urusan pengebumian mayat samada menggali tanah kubur, membuat keranda, memotong kain kapan dan sebagainya.

Bun, seorang kutu rayau yang suka merempit dengan motor kapcainya. Hobinya adalah mengacau minah-minah kilang yang pulang dari kerja tiap-tiap malam. Mie, lelaki kacak dan segak. Menetap di Kuala Lumpur. Ada tunang bernama Lola. Pet, seorang pemandu lori ayam. Selalu berjalan malam. Bersuara sengau tapi berlagak dan suka cakap besar terutama melibatkan hal-hal mistik dan hantu. Beranggapan dia tak pernah takutkan hantu. Keempat-empat sahabat ini telah diganggu oleh Hantu Cempaka dan juga kenakalan Jerdil dan Tocai yang suka menyakat empat sahabat ini. Pak Akub, tauke warung dan juga bomoh dikampung telah muncul bersama Atan and the geng disitu. Pak Akub mahu segera menamatkan isu hantu Cempaka yang dianggap cuba menakutkan orang kampung.

Pak Akub tahu ada hantu menyebabkan Hantu Cempaka muncul dan menganggu. Flashback ketika Pak Akub berjaya mengembalikan semula Hantu Cempaka ke dalam kubur. Rupanya Hantu Cempaka muncul dari rohnya yang tidak aman. Dia telah dibunh oleh Geng Beduk iaitu Jerdil dan Tocai yang memang gemar menjadikan perempuan sebagai pemuas nafsu mereka. Geng Beduk telah bertindak merogol dan tanpa sengaja telah membunuh Siti. Disebabkan itu Roh Hantu Cempaka tidak aman dan meminta pembalasan. Semua terkejut terutama Atan and the Geng. Mereka tidak menyangka Geng Beduk sejahat itu. Laporan polis dibuat dan Geng Beduk telah ditangkap.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
8 Jam

Klasifikasi: NA
Genre: Action / Drama
Tarikh Siaran: Unknown
Running Time:
Pengedar: Metrowealth
Cast: Shaheizy Sam , Yana Samsudin
Pengarah: Ahmad Idham


Mengisahkan kehidupan anak yatim piatu yang meneruskan kehidupannya di ibu kota. Lelaki muda (Shaheizy Sam) ini didapati bersalah atas jenayah yang dia tidak melakukan dan dia mempunyai 8 jam untuk mencari kebenaran dan membuktikan dia tidak bersalah. Pelbagai aksi lasak dan mendebarkan bakal anda saksikan dalam filem yang turut menggabungkan pelakon dari THAILAND.

----------------------------------------------------------------------------------------------------
Jidin Sengal

Klasifikasi: NA
Genre: Komedi / Romantik
Tarikh Siaran: Unknown
Running Time:
Pengedar: Na
Cast: Angah Raja Lawak , Along Raja Lawak , Azrul Raja Lawak , Jue Aziz , Faezah , Zac Diamond
Pengarah: Esmi Zahara Yusof 

Jidin seorang kanak-kanak yang meminati bidang lakonan dan hiburan, berkawan rapat dengan Piah, seorang kanak-kanak yang suka berlakon, dan juga menjadi 'cinta hati' Jidin.

Satu hari, dengan bantuan Jay-Z, seorang kawan dan pengamal gaya hidup hip-hop ala Terengganu, Jidin dan Bob Dobot mendapat peluang berlakon filem. Iskandar, seorang pelakon ekstra 'otai' yang juga ejen pembekal pelakon ekstra yang stylo dan poyo, sentiasa menjadi duri dalam daging buat Bob dan Jidin. Di lokasi penggambaran, Jidin bertemu Amy, seorang pembantu pengarah yang disangkanya Piah. Amy pada mulanya membenci Jidin, tetapi berubah hati setelah melihat bakat dan keikhlasan Jidin. Walaupun tidak pernah terlafaz, hakikatnya mereka sudah mula jatuh cinta. Di waktu inilah, Piah yang 'original' muncul dalam hidup Jidin.

Ella Sunti, pelakon wanita idola rakyat Malaysia dan menjadi kegilaan ramai lelaki, juga berlakon di produksi filem yang sama. Tetapi, untuk menjadi idola dan mengekalkan imej bersih bukanlah satu perkara mudah. Ella Sunti sebenarnya menyimpan satu rahsia yang bakal mengubah hidup Jidin.

Apakah kesudahan cinta Jidin terhadap Piah dan Amy? Dan dapatkah Jidin dan Bob menawan cita-cita mengejar impian di dalam dunia hiburan yang kononnya penuh "glamor" ini?

----------------------------------------------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment