Support My Sponsor

Popular Posts

Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, April 12, 2013

Kain Pasang Digital Murah 3D & 4D

Kongsi iklan jualan Kain Pasang digital murah.
Waktu-waktu macam ini sesuia cari kain untuk buat baju raya.
Lambat-lambat nanti takut tak sempat nak tempah pulak.

KAIN ITALIAN DIGITAL 3D & 4D.
TIADA BAYARAN PENGHANTARAN/ NO DELIVERY CHARGE


Maklumat lebih lanjut, sila LIKE FB 

MANIFESTO BN & PAKATAN 2013

Sempena PRU13 yang bakal menjelang, mari sama2 kita lihat manifesto dari BN & PAKATAN.

Ringkasan Manifesto BN 2013

  1. Menangani Kos Sara Hidup - menambah dan mempertingkatkan BR1M, BB1M, Bantuan Persekolahan, KR1M, Klinik 1Malaysia, produk 1Malaysia dan lain2. Juga penurunan harga kereta antara 20% - 30%, penurunan yuran jalur lebar sekurang2nya 20% serta dasar 1Negara 1Harga bagi barangan keperluan asas. 
  2. Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar. 
  3. Menyediakan Rumah Mampu Milik - membina 1 juta rumah mampu milik. 
  4. Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti. 
  5. Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam - antaranya membina rangkaian rel berkelajuan tinggi dari Kuala Lumpur ke Singapura di mana masa perjalanan hanya akan mengambil masa 90 minit sahaja. 
  6. Pembangunan Infrasturktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar - antaranya pengurangan bayaran tol antara bandar secara berperingkat serta menyelesai masalah air di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan. 
  7. Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif. 
  8. Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara. 
  9. Meningkatkan Keselamatan dan Ketenteraman Awam - meningkatkan jumlah polis, program SafeCam yang menghubungkan sistem CCTV awam dan swasta dan lain2. 
  10. Memperkasa Penyertaan Wanita. 
  11. Memenuhi Aspirasi Belia. 
  12. Merancang Jaringan Keselamatan Sosial. 
  13. Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama. 
  14. Memerangi Gejala Rasuah. 
  15. Memperkukuh Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus. 
  16. Gerakan Kesederhanaan Global - berjuang penubuhan negara Palestin, memperbanyak program kemanusian di seluruh dunia dan lain2. 
  17. Memelihara Sumber Semula Jadi.

Ringkasan Manifesto PAKATAN 2013

  1. Harga Minyak Turun. 
  2. Tarif Elektrik Turun & Lebih Rendah. 
  3. Tarif Air Turun. 
  4. Hapus Tol. 
  5. Hapus Monopoli. 
  6. Harga kereta Turun Serendah RM25,000. 
  7. Hapus Saman AES, Batal Saman AES. 
  8. Pendidikan Percuma Untuk Semua & Hapus PTPTN. 
  9. 150,000 Rumah Mampu Milik. 
  10. Lain2 berkaitan projek2, alam sekitar (hentikan projek Lynas), cukai, wujudkan 1 juta peluang pekerjaan dengan kurangkan buruh asing, gaji minima RM1,100 sebulan, tentera, pemandu teksi, pengangkutan, perubatan, pendidikan (mansuh AUKU & kebebasan akademik), banteras rasuah dan lain2.

Apa2 pun, jangan la kita terlalu taksub kepada mana-mana parti politik serta elakkan dari pergaduhan sesama bangsa Melayu.
Selit kata-kata nasihat dari Ustaz Don......layannn..