Support My Sponsor

Popular Posts

Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, July 29, 2011

Jadual Buka Puasa dan Imsak Kuala Lumpur & Putrajaya

Jadual berbuka puasa dan imsak untuk kawasan Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Jadual juga boleh diakses dari mobile phone anda melalui link di bawah ini atau scan code NeoReader di bahagian kanan blog ini.

Mobile view: http://iagkisahku.blogspot.com/?m=1


Untuk download, click link bawah ni.


Tuesday, July 26, 2011

Taman tema air di Morib, Banting

Pernah dengar kat Morib, Banting ada sebuah taman tema air atau Water Theme Park ala-ala macam Desa Waterpark.


Beberapa bulan lepas, x ingat dah bile. IAG dan isteri pergi menginap di Gold Coast Morib. Alang-alang ada urusan di situ, sambil2 bercuti hujung minggu pun best gak. Kebetulan plak Gold Coast Morib tengah promotion dan harga bilik sekarang ni separuh harga. Gold Coast Morib ni bukan Golden Palm Tree, Bagan Lalang tu, walaupun jarak antara kedua-duanya tak la jauh sangat. Belum mampu lagi IAG nak sewa bilik di Golden Palm Tree, mahal sangat.

Gold Coast Morib - Pantai Morib
Golden Palm Tree - Pantai Bagan Lalang


Promosi separuh harga ini sebab Gold Coast Morib ni masih dalam pembinaan. Masih ada blok-blok yang belum siap. Sewaktu IAG pergi tu pun, restoran dan kedai-kedai dia masih belum siap sepenuhnya. Antara jenis-jenis bilik yang ada:

Studio Suite ( 1 Room)
2 Room Apartment
3 Room Apartment
Penthouse Suite

Kami sewa bilik Studio Suite sebab pergi laki-bini jer. IAG pilih bilik yang menghadap water theme park dia. View yang amat menarik. Setiap bilik suite ini juga ada jacuzzi. Lepas abis bersuka ria di theme park, rileks dan berendam di jacuzzi pun syok gak.


Resort ini memang untuk percutian keluarga. Theme park ini juga dibuka untuk orang luar yang tidak menginap di situ. Tapi kalau xsilap, dikenakan bayaran RM20 untuk sekali masuk. Bagi yang menyewa bilik akan masuk free.



Pemandangan Taman Tema Air waktu malam dari bilik.


So far, masa kami pergi banyak kemudahan yang masih belum ada. So tak banyak aktiviti yang dapat kami buat selain mandi-mandi, main gelungsur dan jalan-jalan tepi pantai. Bayar pun separuh harga...huhu.





Cuba tengok video marketing Gold Coast Morib ni. Mungkin tak lama lagi, Morib akan jadi tempat kunjungan ramai macam Port Dickson. (Kalau la pantai Morib, Bagan Lalang dan Port Dickson ni bersih dan cantik kan best, xperlu pergi Pantai Timur lagi. )





Monday, July 25, 2011

Vlogging / Video Blogging / Vlogger

Pasti korang tau apa itu Video Blogging atau Vlogging kn?
Xtau? korang tgk la kt sini...

Apa itu Vlogging?


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Faham dah kn?
Kat bawah ni antara youtube Vlogger yang IAG suka layan:

matluthfi90


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
shortnap


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dan yang paling best dan merupakan pemenang Digi WWWOW Awards dalam kategori 

“Must Follow Personality”, 

“Video of the Year”, 

and 

“Blogger of the Year”

IniAnwarHadi


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebenarnya ada banyak lagi. Tapi 3 vlogger ni antara vlogger yang IAG kerap layan buat masa ni.

Check it out!


Friday, July 22, 2011

IAG Kisahku on Mobile Phone.

IAG now on mobile phone.

Cara-cara mudah untuk access iagkisahku.blogspot.com dengan menggunakan mobile:

1. Bukak Apps NeoReader
2. Scan gambar yang ada di sebelah atas kanan blog ini. (Bawah tajuk IAG ON MOBILE)
3. Click OK selepas scan gambar berjaya.
4. Itu saja. Selamat melayari blog dari mobile phone anda.
5. Untuk kemudahan akan datang, save blog sebagai bookmarks.

Thanks and enjoy!!!


Tiada application NeoReader? Macam mana nak download/install NeoReader?

Cara-caranya:

1. Type URL get.neoreader.com pada web browser mobile phone korang. 
2. Kemudian ikut arahan.
3. NeoReader sesuai untuk kebanyakan mobile phone zaman kini seperti Apple, Blackberry, Motorola, Nokia, Samsung dan Sony Ericsson. ( Most of new phone have already installed this software)


Cuaca Panas, Elakkan Strok Haba

Sekarang ni musim cuaca panas. Kadang-kadang rasa sakit kepala bila masuk office aircond sejuk, then bila keluar office, cuaca panas terik.
Sama2 la kita semua jaga kesihatan. Jangan MC banyak sangat, buruk record nnt. : D




CUACA PANAS MEMBERI TEKANAN FIZIKAL KEPADA TUBUH MANUSIA! 

Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya
akibat strok haba. Kumpulan yang lebih berisiko adalah mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar.

RISIKO 10 KALI GANDA bagi mereka yang berumur lebih daripada 40 tahun, kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, Penghidap penyakit sistem pernafasan, Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.


GEJALA CUACA PANAS MELAMPAU:

1. Sakit kepala
2. Keletihan
3. Lemah tumpuan
4. Pening
5. Lemah otot–otot atau kekejangan
6. Mual dan muntah
7. Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).


CARA-CARA MENCEGAH & MENGURANGKAN KESAN TERHADAP KESIHATAN:

1.Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
2. Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
3. Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
4. Hadkan aktiviti luar
5. Kerap berehat
6. Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
7. Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
8. Pakai topi atau payung yang besar


ELAKKAN! 

1. Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan
gula yang tinggi.
2. Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
3. Bersenam dalam cuaca panas


PETUA-PETUA JIKA MENGALAMI MASALAH BERKAITAN DENGAN SUHU PANAS: 

1. Keluar dari kawasan yang panas
2. Tanggalkan pakaian yang ketat
3. Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
4. Gunakan kipas untuk sejukkan badan
5. Minum air setiap 15 minit
6. Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal


Akhir kata.....


Tuesday, July 19, 2011

Masa depan, 2020, 2100?

Pernah tak korang bayangkan bagaimana life kita pada masa depan? Kebiasaannya, apa yang wujud di filem-filem zaman kini, mostly konsep teknologi itu pasti akan wujud pada masa depan. Tapi, adakah semua yang kita bayangkan itu akan jadi kenyataan seperti apa yang kita bayangkan?

Di bawah ini antara apa yang orang2 zaman 1910 bayangkan life untuk zaman tahun 2000.
So, sama ke? :p

Check This Out!!

What People In 1910 Thought The Year 2000 Would Be Like?




















Hidup lagi ke untuk tgk life masa depan??

Tag: Masa Depan Future 2020 thought the year 2000

Friday, July 8, 2011

UPDATE: Roadblock Sempena BERSIH 2.0

Operasi Bas dan LRT juga mendapat kesan dari Perhimpunan Bersih 2.0 ini. Bukan saja penutupan/lencongan jalan raya yang mendapat kesan.


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD )telah mengambil langkah untuk memastikan perjalanan Bas-Bas Ekspress tidak terganggu seperti berikut:-

i) Operasi bas di Terminal Puduraya (kecuali laluan KL- Seremban) & Terminal Pekeliling, dipindahkan sementara ke Hentian Duta;
ii) Operasi bas Terminal Hentian Putra & laluan KL - Seremban yang beroperasi di Terminal Puduraya, dipindahkan sementara ke Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tun Razak.




Bagi perkhidmatan bas henti-henti yang memasuki pusat bandar Kuala Lumpur , Hentian terakhir adalah seperti berikut:

i) Stesen LRT / MonorelTitiwangsa -untuk perjalanan dari arah Jalan Semarak, Jalan Setapak/Genting Klang, Jalan Ipoh, Jalan Kucing dan Jalan Duta;
ii) Stesen Dato Keramat - untuk perjalanan dari arah Jalan Ampang;<
iii) Stesen LRT Maluri KL Sentral - untuk perjalanan dari arah Jalan Kg. Pandan, Jalan Cheras;
iv) Stesen Monorel KL Sentral - untuk perjalanan dari arah Lebuhraya Persekutuan masuk melalui Jalan Bangsar - Jalan Travers - Jalan Tun Sambanthan;
v) Stesen Monorel KL Sentral - Untuk perjalanan dari arah Jalan Damansara .



Tags: Bersih 2.0, Roadblock, Sekatan Jalan Perhimpunan Jalan Tutup

Senarai Roadblock Sempena Perhimpunan Bersih

Sempena Perhimpunan Bersih 9 Julai 2011 ni, pihak polis akan membuat penutupan / lencongan jalan di sekitar Kuala Lumpur. Orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting di pusat bandar dinasihatkan agar tidak memasuki kawasan berkenaan pada tarikh tersebut (9 Julai 2011) bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Lencongan:-
1) Lebuhraya Perseketuan menghala ke Kuala Lumpur – traffic will be diverted to Old Klang Road/Sg besi/Seremban Highway
2) Dari Jalan Klang Lama ke Kuala Lumpur – trafik dialihkan ke Seremban Highway/PJ
3) Dari Jalan Bangsar/Jalan Travers to the City Centre- trafik dialihkan ke Jalan Mahameru
4) Dari Jalan Mahameru menuju ke Pusat Bandar melalui Jalan Musium – traffic will be diverted to Jalan Bangsar.
5) Dari Sg Besi ke Istana Negara – Jalan Ditutup, jalan di alihkan ke Jalan Tun Razak

Jalan yang ditutup pada 9 Julai 2011:-
• Lebuh Ampang
• KLCC
• Bank Negara
• Dataran Merdeka
• Sogo
• Chow Kit
• Menara Sultan Ismail
• Masjid Negara
• Jalan Raja Chulan
• Jalan Ipoh
• Sentul
• Jalan Tuanku Abdul Rahman
• Jalan P.Ramlee
• Jalan Bandar
• Subang Jaya (Near Segi)
• Sunway Pyramid and Subang Parade
• The Federal Highway
• LDP
• Seremban Highway

Senarai Roadblocks Polis - start khamis malam sampai ahad:• Putrajaya to KL
• Towards Kajang toll from Bangi
• Jalan Enggang towards AU2 and AU3
• From Damansara toward Penchala
• Αfter Bukit Jelutong/Shah Alam traffic into Kampung Subang
• Damansara toll to Kayu Ara
• Subang airport road
• Jalan Haji Sirat to Taman Sri Pekan
• Klang
• In front of Monash University
• Τowards Cyberjaya
• Jalan Kampung Pandan into KL

Updated: Gambar Penutupan/Lencongan Jalan


======================================================================
Petikan dari pengumuman Polis Diraja Malaysia:

PENUTUPAN / LENCONGAN JALAN SEKITAR KUALA LUMPUR PADA 9 JULAI 2011

Pihak polis akan membuat penutupan / lencongan jalan di sekitar Kuala Lumpur bermula 12.01 tengah malam ini (9 Julai 2011).

Jalan - jalan yang terlibat adalah :-
- Sepanjang Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara;
- Sepanjang Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara;
- Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dataran DBKL, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran.

Semua pihak diminta memberi kerjasama untuk sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan arahan semasa oleh anggota polis trafik yang membuat kawalan. Orang ramai yang tidak mempunyai urusan penting di pusat bandar dinasihatkan agar tidak memasuki kawasan berkenaan pada tarikh tersebut (9 Julai 2011) bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.


Tags: Bersih 2.0RoadblockSekatan Jalan Perhimpunan Jalan Tutup Peta

Wednesday, July 6, 2011

CUTI-CUTI : Pulau Kapas (Kapas Turtle Valley)

Hari nak kongsi psl Pulau Kapas. Pernah pergi x?
Pulau Kapas, walaupun tak semegah/ famous mcm Pulau Redang/ Pulau Perhentian. Namun masih ade tarikannya yg tersendiri.

Pulau Kapas mmg sesuai untuk yg inginkan percutian yg relaks, tenang, privacy dan xramai org. Pulau Kapas ini bertentangan dengan Pulau Gemia/ Gems Island. Dari sini boleh nmpk Pulau Gemia. Tapi Pulau Gemia hanya ada 1 resort shj dan agak mahal berbanding dgn resort/chalet di Pulau Kapas.
Private Beach Pulau Gemia Resort

Snorkeling disini juga agak menarik dengan airnya yg jernih dan masih terjaga. Namun ikan2 dan coral x sebanyak seperti di Pulau Redang. Namun masih puas hati. Pantainya juga bersih dan setiap bhgn pantai ada disediakan tong sampah.
Antara coral di Pulau Kapas

Antara tempat penginapan yang ada disini:
 Kapas Turtle Valley
 The Lighthouse  
 Duta Puri Island Resort  
 Kapas Island Resort  
 Kapas Coral Beach  
 Kapas Beach Chalets (KBC)  
 Makcik Gemuk Resort  
 Qimi Chalet


Masa aku pg bercuti di sini, aku pilih Kapas Turtle Valley dan syukur, aku xmenyesal dgn pilihan yg aku buat ni. 
Owner resort ni sbnrnya bukanlah orang tempatan. Resort ini dimiliki oleh pasangan Dutch iaitu Sylvia dan Peter. Kalo xsilap, dh hampir 5 tahun resort ni dibuka. Pasangan ini mmg betul2 ramah, baik hati n boleh kata jujur la diorg layan tetamu. Resort ini agak terasing dari resort2 lain dan memang sesuai untuk yg inginkan privacy kerana private beach nya mmg tidak bersambung dgn pantai2 di resort lain. Malah untuk pg ke resort lain, perlu mendaki bukit atau menaiki bot. Memang privasi dan xtau la kalo ade org tempatan yg nude swim or topless kt sini, kalo minah omputih tu mmg ade la topless berjemur kt tepi pantai.

Kemudahan/facilities resort ni sama je dgn resort2 lain. Bilik, restoran, bilik air, hot shower dan lain2. Cuma bilik2 resort ini berkonsep bungalow chalet with balcony. Semua bungalow ni menghadap pantai dan dibelakangi bukit. Namun semua bilik tiada air-cond, hanya kipas.

 Queen Size Bed & 4 Single Bed

Snorkeling

Yang best/menarik resort ni:
- Private Beach
- Bungalow yang boleh memuatkan smp 6 hingga 7 org.
- Free WiFi
- Bilik, katil dan bilik air yg bersih.
- Tempat untuk lepak lepas makan.
- Peralatan snorkeling percuma termasuk kaki itik (kena sewa kalo bwk ke tmpt lain)
- Kayak untuk disewa
- Free use board games dan buku2.
- Layanan yang baik (xmacam 1 lagi resort tu, giler sombong!)
- Kerusi untuk bersantai tepi pantai disediakan.
- Bot dari jety trs hantar ke depan resort.

Resort Front View. (Sebelah Kiri tempat lepak2, sebelah kanan restoran)

Yang kurang menarik:
- Makanan lunch n dinner agak mahal. Breakfast free. (dimasak sendiri oleh owner, Sylvia)
- Tiada package utk snorkeling or lain2. (utk snorkeling tgh laut perlu pergi resort lain. Namun kalo ikutkan, snorkeling tepi pantai lebih better dari tgh laut.)
- Time byk nyamuk (biasa la tdo kt tepi hutan. ubat nyamuk dan kelambu disediakan.)
- Tiada barangan runcit or jual cenderamata. (Perlu pergi ke resort lain utk pg kedai dan kedai makan)
- No TV. Waktu mlm agak membosankan coz nothing to do. (But sungguh sesuai utk yg inginkan orivacy & ketenangan.)

For us, kami still enjoy playing our own games. Kalau bukan sbb hujan, mgkn kami akan berjaga smp lewat pagi.

Couple tgh menikmati sunset.


Tags: Pulau Pulau Kapas Kapas Turtle Valley Resort Terengganu Turtle Valley Qimi Chalet Makcik Gemuk Resort Kapas Beach Chalet Kapas Coral Beach Kapas Island Resort Duta Puri Island Resort Pulau Terengganu Kapas Island Kapas Beach