Support My Sponsor

Popular Posts

Search This Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, October 18, 2014

Motor Rosak di Cyberjaya? Bengkel Motor Cyberjaya?

Motor Rosak di Cyberjaya? 
Bengkel Motor Cyberjaya?
Mana nak cari bengkel motor dekat Cyberjaya?
Siapa boleh repair motor rosak kat Cyberjaya?

#Throwback.
Ini antara contoh soalan yang aku tanya kawan-kawan dan searching di Google dalam beberapa minggu lepas.
 
Beberapa minggu lepas, musim hujan lebat. Dekat ofis aku, memang tiada parking berbumbung (belum buat), jadi motor kenalah parking kat open area bermandikan hujan.

Waktu nak balik, motor tak boleh start walaupun dah cuba macam2 dengan pertolongan 2 orang kawan ofis....
- 1st, of coz confirmkan ada minyak ke tak.
- Cek spark plug/ bersihkan.
- cek ada api pada sampai pada spark plug.
- godek2 lagi tah apatah diorg buat.
- then try tolak motor and hidupkan dengan terus masuk gear 1.

Semua tak berjaya...Akhirnya, kena hantar bengkel laa.
Soalan-soalan atas tadi bermain di fikiran....mana nak cari bengkel kat Cyberjaya. 
Cyberjaya memang belum ada lagi bengkel kereta atau motor. 
Bengkel paling dekat hanya di Dengkil. 
Macam mana pula nak bawak motor ke sana sebab motor tak boleh start langsung....kena tolak ke???

Hari dah agak lewat, bengkel pun dah tutup rasanya. Jadi terpaksa la tinggalkan motor kat parking ni. Member ni offer tumpangkan hantar ke rumah. Alhamdulillah... 

Selepas 7 hari motor tersadai kat ofis (atas sebab-sebab tak dapat dielakkan), barulah boleh hantar motor ke bengkel di Dengkil.Aku tak tolak motor sebab risau keselamatan dan bengkel agak jauh nak kena tolak walaupun ada 2 kawan offer nak tolong tolakkan.

Hasil usaha carian di Google dan tanya-tanya bengkel di Dengkil, jumpa la Bengkel KF Wong Motor Sdn Bhd. Bincang dengan Uncle Wong, dia cakap ok and boleh angkat motor naik lori dia. Cas RM25... boleh laa.

So, set appointment hari sabtu tengahari lori datang ke ofis Cyberjaya dan bawak motor ke bengkel..


KF WONG MOTOR SDN BHD
7, Jalan Timah 1
Taman Timah
43800 Dengkil, Selangor, Malaysia
 Alamat detail dan gambar kedai dari streeview.

Contact Number : 
 016-914 0191 
 
atau no Uncle Wong sendiri :
012-22843087

Sampai bengkel, mula laa tugas pomen repair motorku. Habis barai enjin dibukak...


Aku tak berapa pandai pasal motor dan harga spare part...tapi jadilah dari motor tersadai.

Kena tukar valve dan gasket serta barang-barang lain. 

Ini gambar air + minyak yang bertakung masa pomen ni bukak bahagian carburetor kalau tak silap.

Hampir 2 jam lebih la tunggu motor nak siap. Selepas je siap repair...waa, rasa macam bawak motor baru lepas overhaul..hehe.

:::INFO BERGUNA:::

Nama bengkel :

KF WONG MOTOR SDN BHD
7, Jalan Timah 1
Taman Timah
43800 Dengkil, Selangor, Malaysia

Contact Number:
016-914 0191 
012-22843087

Cas bayaran angkut motor naik lori dari Cyberjaya ke Dengkil : 
RM25

Cas Spare Part:
Dah tak ingat, resit dah hilang....hehehe. :P

Sebenarnya banyak lagi bengkel motor di Dengkil yang lebih dekat dengan Cyberjaya, tapi hasil usaha bertanya ke bengkel-bengkel itu, semua tak boleh tolong hantar pomen ke Cyberjaya dan diorang tak ada lori nak angkut motor. Semua suruh tolak motor sendiri ke bengkel. (ada bengkel-bengkel ni agak kurang ajar dan sombong, malas nak cite kat sini).

So kat sini aku tolong share pada sesiapa yang motor rosak di Cyberjaya tapi tak ada siapa boleh tolong tolak motor atau tak nak tolak motor macam aku. Contact bengkel KF Wong, diorang akan tolong angkut motor naik lori dengan sedikit bayaran.
Kalau boleh tolak, banyak je option bengkel di Dengkil.....sekian.

#BengkelCyberjaya
#MotorrosakCyberjaya
#RepairCyberjaya

13 comments:

  1. Ahad agak2 bukak ke bengkel kat area Dengkil?

    ReplyDelete
  2. Assalamu'laikum,

    terima ksih atas perkongsian. saya Baru 2 hari kerja di cyberjaya. Maklumat yang sangat membantu. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. posting ni tahun 2014. so x pasti masih relevan atau tidak. mungkin dah ada byk kedai yg tawarkan services yg sama.

      Delete
  3. terbaik bro.harga 2016 rm35 hehe. tp still murah. ada tanya bengkel kat putrajaya. mak aihh rm90 dia caj. belum servis lagi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, xsangka masih relevan info ni.
      Minyak naik bro, bengkel pun kena up harga sikit.
      Bengkel putrajaya tu mmg mahal cas lori dia.
      Kalau pickup sekitar putrajaya je dia boleh bagi murah sikit.

      Delete
  4. Masih relevan info lu bro. Tapi latest mei 2017, caj lori dah naik sikit. Putrajaya - dengkil RM50/motor. Tp ari ni sy minta angkut 2 motor ke bengkel, dapat RM80/2 motor. Caj repair motor pon murah gak kedai ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai moto area putrajaya yg ok kt mana eh?

      Delete
  5. No ni (016-914 0191) x angkat lah bro. No 012-22843087 plak wrong num. Ada option lain x bro? Moto tersadai dari pagi lagi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry bro. xde no lain. lama dah x pergi kedai ni.

      Kalau nak sewa truck utk angkat motor, leh try no bawah ni:

      019-5723965 ieSmart1983
      atau
      018-4620840 TwentyTow.
      * xpernah try, dpt info dari FB jer.

      atau pun lagi 1 option yg pernah ada org buat kt Cyberjaya ni.
      Request uber/grab letak note request Hilux utk angkat motor.
      Ada rezeki, InsyaAllah ada org tolong. Tpi hulur la lebih sikit dari harga uber/grab tu :)

      Delete
  6. Dh x buat towing. Ada bengkel lain ygbole pick up sekitar cyberjaya?

    ReplyDelete