Support My Sponsor

Check it out!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 26, 2011

Taman tema air di Morib, Banting

Pernah dengar kat Morib, Banting ada sebuah taman tema air atau Water Theme Park ala-ala macam Desa Waterpark.


Beberapa bulan lepas, x ingat dah bile. IAG dan isteri pergi menginap di Gold Coast Morib. Alang-alang ada urusan di situ, sambil2 bercuti hujung minggu pun best gak. Kebetulan plak Gold Coast Morib tengah promotion dan harga bilik sekarang ni separuh harga. Gold Coast Morib ni bukan Golden Palm Tree, Bagan Lalang tu, walaupun jarak antara kedua-duanya tak la jauh sangat. Belum mampu lagi IAG nak sewa bilik di Golden Palm Tree, mahal sangat.

Gold Coast Morib - Pantai Morib
Golden Palm Tree - Pantai Bagan Lalang


Promosi separuh harga ini sebab Gold Coast Morib ni masih dalam pembinaan. Masih ada blok-blok yang belum siap. Sewaktu IAG pergi tu pun, restoran dan kedai-kedai dia masih belum siap sepenuhnya. Antara jenis-jenis bilik yang ada:

Studio Suite ( 1 Room)
2 Room Apartment
3 Room Apartment
Penthouse Suite

Kami sewa bilik Studio Suite sebab pergi laki-bini jer. IAG pilih bilik yang menghadap water theme park dia. View yang amat menarik. Setiap bilik suite ini juga ada jacuzzi. Lepas abis bersuka ria di theme park, rileks dan berendam di jacuzzi pun syok gak.


Resort ini memang untuk percutian keluarga. Theme park ini juga dibuka untuk orang luar yang tidak menginap di situ. Tapi kalau xsilap, dikenakan bayaran RM20 untuk sekali masuk. Bagi yang menyewa bilik akan masuk free.



Pemandangan Taman Tema Air waktu malam dari bilik.


So far, masa kami pergi banyak kemudahan yang masih belum ada. So tak banyak aktiviti yang dapat kami buat selain mandi-mandi, main gelungsur dan jalan-jalan tepi pantai. Bayar pun separuh harga...huhu.





Cuba tengok video marketing Gold Coast Morib ni. Mungkin tak lama lagi, Morib akan jadi tempat kunjungan ramai macam Port Dickson. (Kalau la pantai Morib, Bagan Lalang dan Port Dickson ni bersih dan cantik kan best, xperlu pergi Pantai Timur lagi. )





No comments:

Post a Comment